Friday, 24 July 2009

Syarat2 Kelayakan Jurugegas Gas Kelas 1

Jurugegas Gas Kelas I.

- Memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Jurugegas Gas Kelas II.

- Mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu kepada Jurutera Gas, Penyelia Kejuruteraan Gas atau Jurugegas Gas Kelas I atau kelas II dengan menyenggara, mengendali atau mengawal talian paip gas atau pepasangan gas selama tempoh dua (2) tahun semasa memegang Perakuan tersebut.

* Nota : Taraf Jurugegas Gas Kelas Satu (1) adalah lebih tinggi daripada Jurugegas Gas Kelas II dan Kelas III. Taraf Jurugegas Gas Kelas II adalah lebih tinggi daripada Jurugegas Gas Kelas III.

Peperiksaan Orang Kompeten Terbahagi Kepada dua (2) iaitu :

Peperiksaan Kekompetenan (Bertulis).

Peperiksaan Kekompetenan (Temuduga). Kepada pemohon yang telah menghadiri kursus kekompetenan di tiga (3) institusi ini, mereka hanya akan melalui peperiksaan kekompetenan (temuduga) sahaja :

1- Pusat Teknologi Gas (Gasteg), Universiti Teknologi Malaysia ,Johor Bahru (tel. 07-5535653).
- Kursus yang ditawarkan ialah (Kursus Separa-Masa). Kursus Pengagihan Gas untuk Jurutera Gas dan Penyelia Kejuruteraan
Kursus Pengagihan Gas untuk Jurugegas Gas kelas I, II dan III

2- Institut Kemahiran MARA (IKM), Johor Bahru (tel 07-2361129).
Kursus yang ditawarkan ialah (Kursus Sepenuh Masa) : Kursus Jurugegas Kelas I

3- Kolej Teknologi & Profesional Perlis (Tel 04-9779177).
Kursus yang ditawarkan (Kursus Sepenuh Masa): Kursus Jurugegas Gas Kelas I

1 comment:

  1. boleh saya tahu soalan ape yang ditanya ketika temuduga st?

    ReplyDelete